Masyarakat Melayu sememangnya penuh dengan tradisi dan juga adat resam . Amalan Mandi bunga sering di lakukan untuk menstabilkan tenaga positif di dalam badan dengan kaedah ini sering di lakukan wanita untuk penjagaan kebersihan badan secara total.
Malah amalan ini juga sering di kaitkan dengan acara ritual yang membawa kepada pemesongan akidah. Sebagai masyarakat moden, aktiviti tradisional ini perlu di lakukan secara positif demi memberikan faedah terhadap tubuh bidan yang sihat.
Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan kita akan kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap ke dalam tubuh badan
Bahan yang biasa di gunakan untuk mandi bunga :
1. Limau purut
2. 10 jenis bunga
3. Air mawar
Campuran bahan ini akan menghasilkan satu aroma serta membangkitkan aura positif dalam badan serta ia sangat berguna untuk mengembalikan tenaga agar kembali aktif.
Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.
Sebagai kesimpulannya, setiap perkara itu haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepada Nya.

No comments:
Post a Comment