Saturday, 28 April 2012

Mandi Bunga Naikkan Seri Wajah

MANDI BUNGA NAIKKAN SERI WAJAH


Bahan-bahan untuk mandi bunga
1. Sembilan atau tujuh jenis bunga yang tidak berduri
2. Kesemua bunga itu tidak memiliki warna hitam
3. Sekiranya ada, tambahkan bunga cempaka dan bunga ‘Jasmine’
4. Pilih bunga yang berlainan warna untuk disatukan
5. Cari bunga yang segar dan baru, dan dapat menghasilkan bau yang wangi.
6. Dua biji limau purut (sepasang)
7. Sebotol air mawar

Antara bunga-bunga untuk mandian.


Kaedah Persediaan
Pastikan jumlah jenis bunga yang anda campur dalam angka ganjil, 7 atau 9.
Buangkan daun dan dahan dari bunga-bunga tadi.
Rendamkan bunga-bunga tersebut dengan air di dalam sebuah baldi.
Di campur dengan air mawar.
Belah limau purut tersebut dan rendam sekali.
Biarkan bahan-bahan tersebut rendam semalaman.



Kaedah Mandi

Kalau boleh mandi bunga pada waktu pagi, semasa bumi masih sejuk lagi.
Semasa mula mandi ingat tujuan anda dan berdoa terlebih dahulu.
Minta bantuan Tuhan, untuk selesaikan masalah anda.
Semasa mula mandi bunga siram air di sebelah kiri badan dahulu sebanyak 3 kali.
Di ikuti bahagian kanan 3 kali
Dan seterusnya siram di kepala 3 kali dan di seluruh badan sehingga semua air itu habis.
Bagi orang Islam, Baca selawat di atas Nabi Muhammad SAW, Sehingga selesai mandi.
Selepas selesai mandi biarkan seketika, supaya hasil tadi dapat diserap ke dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment