Tuesday, 5 June 2012

Khasiat Kebaikan Mandi Bunga

Masyarakat Melayu sememangnya penuh dengan tradisi dan juga adat resam . Amalan Mandi bunga sering di lakukan untuk menstabilkan tenaga positif di dalam badan dengan kaedah ini sering di lakukan wanita untuk penjagaan kebersihan badan secara total. 


Malah amalan ini juga sering di kaitkan dengan acara ritual yang membawa kepada pemesongan akidah. Sebagai masyarakat moden, aktiviti tradisional ini perlu di lakukan secara positif demi memberikan faedah terhadap tubuh bidan yang sihat. 



Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan kita akan kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap ke dalam tubuh badan



Bahan yang biasa di gunakan untuk mandi bunga :

1.    Limau purut 
2.    10 jenis bunga
3.    Air mawar




Campuran bahan ini akan menghasilkan satu aroma serta membangkitkan aura positif dalam badan serta ia sangat berguna untuk mengembalikan tenaga agar kembali aktif. 



Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.



Sebagai kesimpulannya, setiap perkara itu haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepada Nya.

Khasiat Kebaikan Mandi Aromatherapi

Kebaikan aromaterapi

AROMATERAPI merujuk kepada terapi menggunakan aroma. Lazimnya, penghasilan minyak aromaterapi adalah melalui gabungan minyak pati asli daripada tumbuhan melalui proses ekstrak penyulingan.
Bagi menghasilkan minyak urut aromaterapi pula adalah melalui gabungan minyak pati asli dengan carrier oil atau juga dipanggil minyak pembawa yang mana sifat minyak itu mestilah tidak meruap, mudah menyerap pada kulit serta tidak mempunyai bau. Contoh minyak pembawa yang baik adalah grapseed atau sweet almond.

Minyak pati asli boleh digabungkan mengikut sukatan tertentu untuk menghasilkan kesan baik kepada manusia antaranya untuk tujuan anti tekanan ataupun menjadi pewangi kepada bilik. Minyak pati juga boleh ditambah beberapa titik ke dalam tab mandi untuk tujuan menambah kesegaran dan ketenangan ketika mandi.
Minyak urut aromaterapi pula boleh digunakan untuk rawatan tertentu seperti rawatan ketika mengandung, rawatan sukar bersalin, rawatan selepas bersalin dan seperti sakit belakang dan rawatan untuk bayi dan kanak-kanak.


Bagi ibu mengandung yang mempunyai masalah seperti sakit belakang dan sengal-sengal sendi boleh menggunakan rawatan aromaterapi sebagai jalan penyelesaiannya. Berikut adalah kombinasi minyak patu yang sesuai untuk tujuan rawatan berkenaan:

  • 2 titik roman chamimile
  • 1 titik geranium
  • 1 titik lavenderatau
  • 1 titik frankicense
  • 1 titik halia
  • 1 titik mawarDilarutkan ke dalam 10 ml minyak pembawa. Kombinasi ini dapat membantu mengurangkan masalah sakit belakang ketika mengandung dan kaedah yang dilakukan adalah melalui urutan bahagian belakang badan.
    Rawatan aromaterapi bagi merawat masalah kelesuan berterusan ketika mengandung pula adalah mengikut kombinasi campuran pati berikut:
  • 2 titik bergamot
  • 2 titik geranium
  • 2 titik lemonatau
  • 2 titik grapefruit
  • 2 titik limau
  • 2 titik neroliBahan dilarutkan ke dalam 10 ml minyak pembawa seperti minyak almond sweet. Kombinasi ini dipercayai dapat membantu mengembalikan kesegaran dan ketenangan kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah kelesuan berterusan supaya dapat terus melakukan aktiviti seharian.
    Secara umumnya, rawatan menggunakan aromaterapi mempunyai banyak kebaikan terutama untuk tujuan masalah tertentu kepada manusia. Selain itu, rawatan ini adalah selamat dan semula jadi kerana tidak memerlukan pesakit mendapatkan suntikan mahupun pembedahan.
    Dipetik dari Berita Harian Online
  • Saturday, 28 April 2012

    Mandi Bunga Naikkan Seri Wajah

    MANDI BUNGA NAIKKAN SERI WAJAH


    Bahan-bahan untuk mandi bunga
    1. Sembilan atau tujuh jenis bunga yang tidak berduri
    2. Kesemua bunga itu tidak memiliki warna hitam
    3. Sekiranya ada, tambahkan bunga cempaka dan bunga ‘Jasmine’
    4. Pilih bunga yang berlainan warna untuk disatukan
    5. Cari bunga yang segar dan baru, dan dapat menghasilkan bau yang wangi.
    6. Dua biji limau purut (sepasang)
    7. Sebotol air mawar

    Antara bunga-bunga untuk mandian.


    Kaedah Persediaan
    Pastikan jumlah jenis bunga yang anda campur dalam angka ganjil, 7 atau 9.
    Buangkan daun dan dahan dari bunga-bunga tadi.
    Rendamkan bunga-bunga tersebut dengan air di dalam sebuah baldi.
    Di campur dengan air mawar.
    Belah limau purut tersebut dan rendam sekali.
    Biarkan bahan-bahan tersebut rendam semalaman.



    Kaedah Mandi

    Kalau boleh mandi bunga pada waktu pagi, semasa bumi masih sejuk lagi.
    Semasa mula mandi ingat tujuan anda dan berdoa terlebih dahulu.
    Minta bantuan Tuhan, untuk selesaikan masalah anda.
    Semasa mula mandi bunga siram air di sebelah kiri badan dahulu sebanyak 3 kali.
    Di ikuti bahagian kanan 3 kali
    Dan seterusnya siram di kepala 3 kali dan di seluruh badan sehingga semua air itu habis.
    Bagi orang Islam, Baca selawat di atas Nabi Muhammad SAW, Sehingga selesai mandi.
    Selepas selesai mandi biarkan seketika, supaya hasil tadi dapat diserap ke dalam badan kita.

    Wednesday, 11 April 2012

    Testimoni Mandi Bunga


    Testimoni Mandian Aura Floral Luxury



























    Okay. Actually mandian Aura Floral Luxury ni merupakan gabungan 3 jenis mandian iaitu.

    Mandi aura, mandi bunga dan mandi aromatherapi.

    Husna cuba gabungkan 3 khasiat mandian ni dalam 1 botol untuk sekali gus penggunaan.

    Okay secara ringkasnya mandi aura ni berfungsi membesarkan aura.

    Maknanya bila mandi aura. Dia mampu menyingkirkan cas2 negatif dari. Menstabilkan getaran dan besarkan gelombang aura.

    Bila aura besar. Kita akan jadi lebih positif. gembira serta semakin tenang. Kurang marah dan murung. Ceria gitu.

    Bila semakin positif. Badan kita akan menarik banyak benda2 best datang dekat dengan kita.

    Dari segi kebahagiaan, kewangan perhatian dan fokus dalam ibadah.

    Semua atas izin Allah yang Maha Kuasa

    #AuraFloralLuxury
    019-9981580

    Cara Mandi Aromatherapi

    KELEBIHAN Set MANDIAN AURA FLORAL LUXURY



    • Mandian ini turut dikuatkan dengan doa-doa pembangkit gelombang tubuh untuk penyembuhan, kecantikan aura (nur) diri agar pulih semangat diri,kerezkian, 7 gelombang hizib terpilih yang kekuatan perlindungan diri selepas rawatan, pencegahan dari terkena pelbagai perkara negatif dan jahat, penghancuran unsur negatif yang menyerang, kebesaran dan kemuliaan diri dengan izin Allah. Membangkit rasa ketenangan selepas rawatan. InsyaAllah semoga bermanfaat.
    • Fungsinya juga Menghilangkan Stress,  Mengaktifkan aliran tenaga badan anda, Membantu proses penyembuhan badan. Amat digalakkan bagi sesiapa yang ada penyakit mahupun mengalami lemah badan,silakan buat mandian aura ini.
    • Mempertahankan keremajaan kulit, ia malah mencantikkan kulit pula dengan kadar serapan mineralnya yang tinggi memberi keseimbangan Ph dan zat zat pada kulit anda.
    • Merawat masalah kulit.
    • Meningkatkan oksigen dalam badan,sekaligus mempunyai fungsi membuang toksin merbahaya dalam badan anda. Bukan sahaja toksin malah pelbagai tenaga (energy/ion/sel) jahat yang bersarang di dalam badan anda. Itulah yang menyebabkan hidup anda selalu tidak sihat.


    • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh melawan virus,sel merbahaya dan penyakit. Bagus untuk mereka yang ingin cepatkan kesembuhan badan.
    • Meningkatkan sistem metabolisma badan. Melancarkan perjalanan darah (amal rendaman kaki),membantu mempercepatkan pengeluaran toksin dan cas bahaya badan. Selepas pengeluaran toksin, badan akan terasa segar setiap kali mandian.
    • Menyah keluar unsur-unsur negatif dari tubuh, menghindar dari kejahatan makhluk halus ,sihir, Meluntur santau dan pelbagai masalah fizikal dan spiritual.
    • Di barat ia dipanggil Sole Bath,berbeza dengan mandian biasa yang mengeringkan kulit,mandian aura Haniff sebenarnya mengekalkan kelembapan (natural moisturizer),(mengikat molekul air secara halus/mikro) selepas mandi di atas lapisan kulit. Mandian ini akan menggalakkan kuasa pemulihan dan penyembuhan semulajadi badan. Cubalah hari ini!
    • Meningkatkan kualiti tidur (terbukti walau mandian kali pertama!).


      Firman Allah dalam AL-Quran
      “Ceritakan riwayat hamba Kami Ayub ketika berseru kepada Tuhannya: “Aku ditimpa kepayahan dan penyakit yang disebabkan syaitan.” Maka Allah berfirman kepadanya:” Hentakkanlah kakimu dibumi, niscaya timbul air yang sejuk untuk mandi dan minum.”
      Surah Shad ayat 41-42  

      Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.  -
       (Surah Yunus [10]:57) 


      Dalam Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni :m/s 93
      Imam Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi menuliskan ayat-ayat syifa' pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya, maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta merta dari sakit tenat. 

    Monday, 9 April 2012

    Cara Mandi Bunga

    Rawatan Mandi Bunga

    Amalan mandi bunga bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang berseri.

    Dua jenis mandi bunga yang masih diamalkan ialah melalui cara tradisional dan moden.  Mandi bunga cara tradisional lazimnya dilakukan pengamal perubatan tradisional dengan bacaan ayat al-Quran bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi seperti lambat mendapat jodoh atau mengalami masalah rumah tangga.

    Pasangan pengantin juga selalunya disaran melakukan amalan ini untuk mengusir anasir negatif dalam badan sebelum memulakan hidup baru.

    Kini mandi bunga diperbaharui mengikut cara moden dan boleh dilakukan di kebanyakan salun kecantikan atau jika berkesempatan, mandi bunga juga boleh dilakukan sendiri di rumah.



    Tapi ramai orang kini terikat dengan kerjaya dan urusan seharian dan adalah lebih mudah jika mereka mendapatkan khidmat mandi bunga di salun kecantikan kerana selain ditawarkan pakej dengan harga berpatutan, pelanggan juga berpeluang memanjakan diri dengan pelbagai rawatan lain misalnya mandi garam, sauna dan urutan.

    Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan.

    Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

    Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

    Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

    Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi bunga adalah amalan turun-temurun masyarakat di Nusantara dalam proses utk menyebatikan pati tumbuhan dgn tubuh agar diri merasa segar sentiasa..

    Antara jenis bunga yang biasa digunakan:-

    Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
    Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
    Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
    Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
    Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
    Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
    Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.

    Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

    Kajian warna pada kelopak bunga juga amat menarik.Warna kelopak bunga yang terhasil adalah bergantung kepada penyusunan molekul yang terhasil secara semula jadi dan ia mempunyai sifat tersendiri dalam pembentukan kadar asid dan alkali. Sedikit perbezaan pada penyusunan molekul kelopak bunga akan menghasilkan kelopak yang berbeza.

    Jika dipetik dan dihimpunkan sebanyak tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan dapat dilihat perbezaan dan aura bunga itu ketika direndam dalam baldi mengandungi air sejuk, ia akan menjadi satu corak pelangi yang tidak dapat dilihat dalam air secara mata kasar,namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat dilihat. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.

    Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.


    Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan dan asalkan niat itu baik.

    Cara Mandi Garam Aura

    Bismillah,

    Disebabkan gatal tangan pi kongsi dekat FB bestnya mandi garam bukit nie, ramai pula yang pm nak tau cara n khasiat garam bukit nie..

    so mar ambik cara senang post dekat sini supaya next time senang nak godek2 cari dalam my blog ja =)

    Dari sudut sains,
    Garam bukit nie sangat berkesan dalam melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan kita ,
    merawat masalah jerawat,
    buang toksin
    merawat masalah kulit
    buang segala bagai kulit mati tue.
    Ha! katanya kalau yang memang ada masalah gatal2 kulit tu memang elok sangat guna garam bukit nie..

    Tapi kalau gatal miang mengorat sana sini tue x boleh yea =P

    Satu yang paling menarik dan buat mar nak guna berterusan garam bukit nie sebab dia meningkatkan AURA
    &POTENSI DIRI !
    Macam mana ?

    Macam ni,garam bukit antara rahsia alam yang  mempuntyai tenaga atau energi.
    Sama macam air.
    Dua bahan ini mempunyai kekuatan dalam memerangkap  gelombang dalam cara berbeza.
    Sebab tu dalam perubatan islam air dan garam banyak digunakan kan kan kan?
    Tapi bukan garam laut tau,garam bukit =)
    Ada yang cakap garam bukit ni tak disukai jin dan syaitan..
    Banyak lagi rahsia garam,air sejuk,tulang,darah yang menjadi rahsia dalam diri kita.

    Gabungannya sangat membantu dalam membentuk aura diri yang baik!
    Nak lebih lanjut kena hadir kelas2 yang ajar mengenai aura .

    CARA GUNA GARAM BUKIT
    ---------------

    Disebabkan ni entry mandi garam, so mar skipkan cara guna untuk mandi la yea..
    & mar kongsikan cara mar amalkan setiap hari.

    Mar ambik segenggam garam dan masukkan dalam baldi.. (harap maklum segenggam mar kecik sebab tgn mar kecik ja =P)

    kalau nak guna sudu boleh guna 3 sudu macam tue ke.

    kemudian larutkan dengan air suam untuk cepat larut dan campurkan dengan air biasa.
    kalau nak lagi best letak air ais..
    wahh memang best nie! baru try tadi =P

    lepas dah prepare air mandi garam tue,mandi biasa dulu..sabun segala bagai nak syampoo ke apa ke..
    bila dah habis mandi, amalkan selawat sambil kacau air mandi garam tadi tue.. sebelum nak jurus mandi niat la nak energy luar biasa ke..hilangkan lenguh2 ke...

    amalkan mandi awal2 pagi lagi berkesan katanya..

    tapi mar nie kalau mai dengan letih /stress sgt2 xkira masa dah.. malam pun aku sental

    bagi yang baru bermula..bukan try sehari dah asa lain dah.. amalkan 21 hari berturut2..
    ----------
    kalau u alls ada selalu lenguh kaki tambah2 wanita gojes yang selalu high heel atau yg preggy..

    letak segenggam garam atau tambah air panas bgi suam sikit,,rendam kaki sambil tenangkan fikiran atas kosyen...

    memang best ..kalau ada suami pandai urut lagi best .. tapi mar rendam ja,,,suami urut bila tgok isteri mcm teruk sgt dah lenguh kaki tue =P

    okeyh sekian sahaja entry kali ni..
    terima kasih sudi baca =)